Friday 30 March 2012

Raja ku, Ratu ku

Ayah, engkau adalah rajaku
Ibu, engkau adalah ratuku
kasih sayang daripada mu tidak berbelah bahagi
setiap anak dilayan sama rata
tiada istilah pilih kasih dalam kamus kehidupan mu.

Ayah, dikau seorang pejuang
lebih kuat daripada bala tentera yang berperang
lebih kuat daripada bencana alam itu sendiri
walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah
bebanan hidup,
Ayah, engkau tetap berjuang
kerana apa,
kerana semua untuk isteri dan anak-anak.

Ayah, engkau tidak mahu menangis
tidak mahu ketawa
apabila berada didepan ku
engkau sentiasa melihat aku sebagai harapan pertama
kerana aku anak pertama.

Ibu, engkau adalah tulang belakang ayah
sentiasa menyokong dari pelbagai aspek
makan minum ayah dijaga dengan tertib
kesihatan ayah dijaga dengan kalimah-kalimah allah
sedang ibu tahu usiamu lebih tua daripada ayah
lebih berpenyakit kerana usia mu sudah lanjut

Ayah dan ibu,
tatkala aku kecil, aku didik dengan ilmu keagamaan yang tinggi
penuh kegarangan dan ketegasan
untuk mendidik aku menjadi anak yang berguna

Ya tuhan,
permudahkan kehidupan ayah dan ibuku
ayahku telah mengalami pelbagai cabaran daripada kecil
Yatim Piatu, ditinggalkan darah daging
tetapi ayah ku tetap mempercayaimu dengan sepenuh hati

Ya tuhan,
berikan rahmat kepada ayah ibu ku,
semoga aku menjadi anak yang baik serta soleh.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

No comments:

Post a Comment