Monday 8 October 2012

KISAH BENAR (suami yang meyesal) Iktibar...sayangilah Isteri anda.

"Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir, dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati, lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya. Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu. Dahulu saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah. Saya teringin sangat nak makan bersama abang mendengar cerita abang menyambut abang pulang dari kerja bergurau dan bermanja dengan abang memeluk abang ketika tidur tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya jaga diri sayang abang selamanya.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang jagalah diri baik-baik jangan lupa tunaikan solat berbuat baik takutlah kepada Allah dan jika bertemu dengan insan bernama isteri jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Saya tidak tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun.

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan harap ustaz tidak bosan mendengarnya. Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia namun ustaz saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya seorang yang tidak pandai bergaya tetapi kuat pegangan agamanya bertudung labuh bersopan santun baik budi bahasanya. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat. Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya namun rupanya ustaz isteri saya ini adalah wanita yang penyabar pernah saya tidak balik ke rumah, dengan tujuan isteri saya akan membenci saya tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz pernah suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya pada saya ”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya tetapi rupa-rupanya dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari dia ingin bermanja dengan saya membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya, saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai.

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali berak kencing saya, dia tadahkan dan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli dialah yang memandikan saya menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun malam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang Ustaz saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami sayangilah isteri anda selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan pasti anda akan menyesal tak sudah. 

Ini merupakan kisah untuk memperingatkan diri sendiri kerana saya belum lagi berkahwin harap semua lelaki mengambil Iktibar.

Wednesday 18 April 2012

Cuma Renungan

Tak faham, Terangkan bukan diketawakan
Tak betul, nasihatkan bukan diumpatkan
Tak tahu, tunjukkan bukan dimarahkan
Tak jelas, terangkan bukan dirumitkan
Tak mampu, usahakan bukan dimanjakan

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Friday 13 April 2012

Kucing adalah haiwan yang suci.

Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”
[HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,
[Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Wednesday 11 April 2012

Siapa 5forty2 ?

Saya merupakan peminat genre hip hop dari umur 13 tahun lagi. Didedahkan oleh budaya yang telah wujud ketika tahun 2002, dimana genre hip hop masih belum berkarat dan dimamah usia kerana ketika itu merupakan zaman yang terkenal dengan budaya hip hop. Tetapi sekarang sudah 2012 tahun yang baru telah menunjukkan perubahan telah berlaku, genre yang lain telah naik mungkin saya kurang pengetahuan tentang genre lain naik jadi saya tak nak buat ulasan kerana tiada pengetahuan tentangnya. Contoh genre Indie dan lain-lain.

Tetapi disini saya nak cerita kumpulan hip hop yang membuat lagu rap dengan usaha sendiri, idea sendiri. Bukan memuji cuma tertarik dengan lirik lagu Cakap Guna Otak, mungkin lagu dah lama disiarkan tetapi tidak dipasangkan dalam mana-mana radio dimalaysia, entah mungkin diorang tidak publisiti yang selayaknya daripada apa yang patut dapat. Saya pun masih mencari maklumat untuk kumpulan 5forty2 ini. sebab itu tidak dapat bercerita panjang.

Ini adalah contoh untuk semua, nak pasang lagu kat blog  mungkin tiada ilmu lagi.


5forty2 ( Cakap Guna Otak)

Sikap suka cakap lepas penyebab muka rosak
Jangan sekali lupa guna otak bila mula borak
Air liur kau tembak dahla busuk, kosong pulak
Sembang kencang berlagak, isi terpesong haprak
Bila orang cerita kau sibuk nak mencelah
Menyampuk macam hantu teruk dari Kak Limah
Menceceh memercik lebat cakap-cakap main lepas
Kata-kata makan tuan yang bergebang deras
Mulut macam Evo, otak basikal cabuk
Akal engkau tidur dengan lidah kekal mengarut
Termasuklah janji-janji manis engkau bagi
Ape pun tak jadi, banyak dosa tapau lagi
Ayat kencang tak nak kalah bila bukak cerita
Mulut longkang tak tersumbat boleh bikin derita
Takde kemajuan, dari bual topik kolot
Cukup bukak kemaluan baik kau tutup mulut

Tutur jangan lajak laju lebih dari otak
Cakap guna otak, cakap guna otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak
Cakap guna otak, cakap guna otak

Akal dan pelajaran dibelakangkan
Kebelakangan sampai kejahilan didepan
Hujah ditujah tanpa usul periksa
Bila terbongkar kebodohan malu tak terkata
Peribahasa perahu lajak boleh diundur
Lidah bercabang nanti bawa ke liang kubur
Pilihlah dua kata yang baik atau diam
Ucaplah yang baik atau lebih baik diam
Jangan jadi bengap, pikir dulu sebelum cakap
Takut nanti terperangkap, baru kau tergagap gagap
Jadi lembab otak sembab,suma orang kau maki
Melepas sedas ayat keras kau dicaci
lisan tak dihalang Lidah tak bertulang
Bicaralah kau umpama otak takda ruang
Sini bukan untuk budak cerita lebat
Sementara sempat baik balik pergi taubat

Jaga mulut jangan biar ayat-ayat bodoh terbang
Nampak dungu bersarang otak tinggal belakang
Sembang-sembang, ni bukan cerita kedai kopi
Gebang-gebang, kiamat baru nak cakap sorry
Sebab mulut badan binasa
Bila tutur mengarut seakan biasa
Nak buat cemana, konon akal disorokkan
Kebodohan jadi pasangan tak sengaja dijodohkan
Pinang belah dua isinya kata nista
Hati budi lihat pada tutur katanya
Tapi kalau mulut dan kata seraya penuh celaka
Disebabkan mulut der, hati terasa
Cakap dulu baru fikir tak teragak-agak
Setan dengar lawak gelak terbahak-bahak
Iblis tersenyum cara kau cakap bajet dajal
Orang ketawa sebab jelas kau nye pendek akal


Mohd Ikhlas Bin Abd Kahar
Anak Felda.

Friday 6 April 2012

Haram Tanpa Bicara

Walaupun sudah seminggu perkara ini, aku tetap ingin menulis kerana rasa ketidakadilan telah berlaku terhadap rapper dan komposer malaysia yang terkenal iaitu Malique. Tanpa bicara lagu Bawaku Pergi nyanyian zizan serta artis baru kaka, telah diharamkan. Lihat tanpa bicara dan pembelaan daripada pihak Malique, lagu tersebut telah diharamkan.

Kenapa sedangkan kita telah mengetahui Malaysia ini merupakan negara yang mengamalkan undang-undang dimana tiada siapa yang bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Maksud setiap individu yang menghadapi tuduhan terhadap dirinya perlu membela diri untuk menjawap sebarang tuduhan yang dikenakan. Ini tidak, terus diharamkan kerana alasan semata-mata wujud pencanggahan dengan kes anak dara melayu di Malaysia melarikan diri daripada rumah.

Ya, betul kejadian lari rumah ini sudah teruk kerana apa? Kita lihat sebenarnya kejadian ini telah berleluasa kerana kewujudan warga asing bukan nya lirik lagu tersebut. Jika bila kita membawa warga asing masuk, yang aktif dan banyak terjadi bermula dari tahun  1995 kerana pembangunan yang dihasilkan menggunakan tenaga asing. Ini adalah titik permulaan kejadian lari rumah. Anak muda terpengaruh dengan pujukan warga asing yang segak berbanding anak lelaki melayu yang ada bukan salah kepada kewujudan lagu malique pada tahun ini 2012.

Sedangkan perkara ini telah lama wujud, bilangan warga asing tetap bertambah bukan berkurangan. Mari sini saya buat hipotesis, Semakin tinggi bilangan warga asing maka semakin tinggi kejadian lari rumah. Jangan terus menghukum setiap individu tanpa bicara yang telus dan adil. Ini adalah Malaysia negara tercinta. Selamatkan Malaysia. Amin.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Wednesday 4 April 2012

Makna cinta 2

Sebelum ni kita melihat cinta dari pandangan biasa diluahkan tetapi bagaimana dengan pandangan cinta berlandaskan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai muslim kita mempercayai Qada dan Qadar. Ketentuan Allah maha besar disini merupakan pandangan jodoh yang elok diamalkan ole pelbagai insan. ini merupakan tanda jodoh yang perlu kita titik beratkan kerana ilmu perlu dikongsi baru berkat.


Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.


Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Sunday 1 April 2012

Siapa Orang Cina?


Masyarakat Cina adalah sebuah komuniti yang unik. Mereka bertebaran di mana-mana sahaja, dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa bangsa Cina adalah satu bangsa yang mudah sekali menyesuaikan diri dengan persekitaran, malahan sekiranya diletakkan mereka di padang pasir yang tandus, mereka masih boleh membina kehidupan mereka sendiri dengan baik. Bangsa Cina sangat dikenal sebagai satu bangsa yang sangat rajin berusaha dan bekerja. Mereka juga membentuk ikatan yang kuat sesama mereka.
Masyarakat Cina di Malaysia telah membentuk populasi kaum kedua yang terbesar.Kedatangan mereka telah bermula semasa zaman kesultanan Melayu Melaka lagi sehingga mereka berasimiliasi dengan budaya tempatan dan membentuk masyarakat Baba dan Nyonya (di Melaka) dan Cina Peranakan di Kelantan, Pulau Pinang dan beberapa tempat yang lain. Dan kedatangan bangsa Cina diteruskan lagi semasa zaman penjajahan British, sehingga mereka membentuk satu komuniti yang besar pada hari ni.

(Orang Cina dan Islam.)
Dalam sejarah perkembangan Islam pula, agama Islam dan masyarakat Cina sebenarnya amat rapat sekali. Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja menganut Islam, malah bangsa Cina bertindak sebagai penyebar Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya beberapa petempatan Cina Muslim di Kepulauan Jawa sebelum kedatangan orang Arab lagi. Malahan tiga daripada sembilan orang wali songo adalah berbangsa Cina. Disamping itu juga, Laksamana Cheng Ho turut di kenal sebagai orang yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara.
Negara China sendiri pernah berada di bawah kekuasaan Islam suatu ketika dulu. Wilayah China yang pernah dinaungi Islam dikenali sebagai Xinjiang atau nama lamanya Turkistan Timur. Sejarah kedatangan Islam di China dapat dikesan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Jika fakta ini diterima, ini menunjukkan bahawa Islam telah diterima di China sejak 1400 tahun dahulu,lebih awal daripada Nusantara. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan masjid-masjid di China yang berusia lebih 1000 tahun, dengan masjid terawal di bina adalah pada zaman Dinasti Tang iaitu pada abad ke 7. Masjid-masjid di China hampir berjumlah 42 000 buah yang menunjukkan bahawa Islam telah berakar kuat di China sejak berabad-abad lamanya. Malahan makam Saad Ibnu Abi Waqas masih boleh ditemui di negara tersebut. 

Mohd Ikhlas
Anak Felda