Sunday 1 April 2012

Siapa Orang Cina?


Masyarakat Cina adalah sebuah komuniti yang unik. Mereka bertebaran di mana-mana sahaja, dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa bangsa Cina adalah satu bangsa yang mudah sekali menyesuaikan diri dengan persekitaran, malahan sekiranya diletakkan mereka di padang pasir yang tandus, mereka masih boleh membina kehidupan mereka sendiri dengan baik. Bangsa Cina sangat dikenal sebagai satu bangsa yang sangat rajin berusaha dan bekerja. Mereka juga membentuk ikatan yang kuat sesama mereka.
Masyarakat Cina di Malaysia telah membentuk populasi kaum kedua yang terbesar.Kedatangan mereka telah bermula semasa zaman kesultanan Melayu Melaka lagi sehingga mereka berasimiliasi dengan budaya tempatan dan membentuk masyarakat Baba dan Nyonya (di Melaka) dan Cina Peranakan di Kelantan, Pulau Pinang dan beberapa tempat yang lain. Dan kedatangan bangsa Cina diteruskan lagi semasa zaman penjajahan British, sehingga mereka membentuk satu komuniti yang besar pada hari ni.

(Orang Cina dan Islam.)
Dalam sejarah perkembangan Islam pula, agama Islam dan masyarakat Cina sebenarnya amat rapat sekali. Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja menganut Islam, malah bangsa Cina bertindak sebagai penyebar Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya beberapa petempatan Cina Muslim di Kepulauan Jawa sebelum kedatangan orang Arab lagi. Malahan tiga daripada sembilan orang wali songo adalah berbangsa Cina. Disamping itu juga, Laksamana Cheng Ho turut di kenal sebagai orang yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara.
Negara China sendiri pernah berada di bawah kekuasaan Islam suatu ketika dulu. Wilayah China yang pernah dinaungi Islam dikenali sebagai Xinjiang atau nama lamanya Turkistan Timur. Sejarah kedatangan Islam di China dapat dikesan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Jika fakta ini diterima, ini menunjukkan bahawa Islam telah diterima di China sejak 1400 tahun dahulu,lebih awal daripada Nusantara. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan masjid-masjid di China yang berusia lebih 1000 tahun, dengan masjid terawal di bina adalah pada zaman Dinasti Tang iaitu pada abad ke 7. Masjid-masjid di China hampir berjumlah 42 000 buah yang menunjukkan bahawa Islam telah berakar kuat di China sejak berabad-abad lamanya. Malahan makam Saad Ibnu Abi Waqas masih boleh ditemui di negara tersebut. 

Mohd Ikhlas
Anak Felda

No comments:

Post a Comment