Wednesday 18 April 2012

Cuma Renungan

Tak faham, Terangkan bukan diketawakan
Tak betul, nasihatkan bukan diumpatkan
Tak tahu, tunjukkan bukan dimarahkan
Tak jelas, terangkan bukan dirumitkan
Tak mampu, usahakan bukan dimanjakan

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Friday 13 April 2012

Kucing adalah haiwan yang suci.

Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”
[HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,
[Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Wednesday 11 April 2012

Siapa 5forty2 ?

Saya merupakan peminat genre hip hop dari umur 13 tahun lagi. Didedahkan oleh budaya yang telah wujud ketika tahun 2002, dimana genre hip hop masih belum berkarat dan dimamah usia kerana ketika itu merupakan zaman yang terkenal dengan budaya hip hop. Tetapi sekarang sudah 2012 tahun yang baru telah menunjukkan perubahan telah berlaku, genre yang lain telah naik mungkin saya kurang pengetahuan tentang genre lain naik jadi saya tak nak buat ulasan kerana tiada pengetahuan tentangnya. Contoh genre Indie dan lain-lain.

Tetapi disini saya nak cerita kumpulan hip hop yang membuat lagu rap dengan usaha sendiri, idea sendiri. Bukan memuji cuma tertarik dengan lirik lagu Cakap Guna Otak, mungkin lagu dah lama disiarkan tetapi tidak dipasangkan dalam mana-mana radio dimalaysia, entah mungkin diorang tidak publisiti yang selayaknya daripada apa yang patut dapat. Saya pun masih mencari maklumat untuk kumpulan 5forty2 ini. sebab itu tidak dapat bercerita panjang.

Ini adalah contoh untuk semua, nak pasang lagu kat blog  mungkin tiada ilmu lagi.


5forty2 ( Cakap Guna Otak)

Sikap suka cakap lepas penyebab muka rosak
Jangan sekali lupa guna otak bila mula borak
Air liur kau tembak dahla busuk, kosong pulak
Sembang kencang berlagak, isi terpesong haprak
Bila orang cerita kau sibuk nak mencelah
Menyampuk macam hantu teruk dari Kak Limah
Menceceh memercik lebat cakap-cakap main lepas
Kata-kata makan tuan yang bergebang deras
Mulut macam Evo, otak basikal cabuk
Akal engkau tidur dengan lidah kekal mengarut
Termasuklah janji-janji manis engkau bagi
Ape pun tak jadi, banyak dosa tapau lagi
Ayat kencang tak nak kalah bila bukak cerita
Mulut longkang tak tersumbat boleh bikin derita
Takde kemajuan, dari bual topik kolot
Cukup bukak kemaluan baik kau tutup mulut

Tutur jangan lajak laju lebih dari otak
Cakap guna otak, cakap guna otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak
Cakap guna otak, cakap guna otak

Akal dan pelajaran dibelakangkan
Kebelakangan sampai kejahilan didepan
Hujah ditujah tanpa usul periksa
Bila terbongkar kebodohan malu tak terkata
Peribahasa perahu lajak boleh diundur
Lidah bercabang nanti bawa ke liang kubur
Pilihlah dua kata yang baik atau diam
Ucaplah yang baik atau lebih baik diam
Jangan jadi bengap, pikir dulu sebelum cakap
Takut nanti terperangkap, baru kau tergagap gagap
Jadi lembab otak sembab,suma orang kau maki
Melepas sedas ayat keras kau dicaci
lisan tak dihalang Lidah tak bertulang
Bicaralah kau umpama otak takda ruang
Sini bukan untuk budak cerita lebat
Sementara sempat baik balik pergi taubat

Jaga mulut jangan biar ayat-ayat bodoh terbang
Nampak dungu bersarang otak tinggal belakang
Sembang-sembang, ni bukan cerita kedai kopi
Gebang-gebang, kiamat baru nak cakap sorry
Sebab mulut badan binasa
Bila tutur mengarut seakan biasa
Nak buat cemana, konon akal disorokkan
Kebodohan jadi pasangan tak sengaja dijodohkan
Pinang belah dua isinya kata nista
Hati budi lihat pada tutur katanya
Tapi kalau mulut dan kata seraya penuh celaka
Disebabkan mulut der, hati terasa
Cakap dulu baru fikir tak teragak-agak
Setan dengar lawak gelak terbahak-bahak
Iblis tersenyum cara kau cakap bajet dajal
Orang ketawa sebab jelas kau nye pendek akal


Mohd Ikhlas Bin Abd Kahar
Anak Felda.

Friday 6 April 2012

Haram Tanpa Bicara

Walaupun sudah seminggu perkara ini, aku tetap ingin menulis kerana rasa ketidakadilan telah berlaku terhadap rapper dan komposer malaysia yang terkenal iaitu Malique. Tanpa bicara lagu Bawaku Pergi nyanyian zizan serta artis baru kaka, telah diharamkan. Lihat tanpa bicara dan pembelaan daripada pihak Malique, lagu tersebut telah diharamkan.

Kenapa sedangkan kita telah mengetahui Malaysia ini merupakan negara yang mengamalkan undang-undang dimana tiada siapa yang bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Maksud setiap individu yang menghadapi tuduhan terhadap dirinya perlu membela diri untuk menjawap sebarang tuduhan yang dikenakan. Ini tidak, terus diharamkan kerana alasan semata-mata wujud pencanggahan dengan kes anak dara melayu di Malaysia melarikan diri daripada rumah.

Ya, betul kejadian lari rumah ini sudah teruk kerana apa? Kita lihat sebenarnya kejadian ini telah berleluasa kerana kewujudan warga asing bukan nya lirik lagu tersebut. Jika bila kita membawa warga asing masuk, yang aktif dan banyak terjadi bermula dari tahun  1995 kerana pembangunan yang dihasilkan menggunakan tenaga asing. Ini adalah titik permulaan kejadian lari rumah. Anak muda terpengaruh dengan pujukan warga asing yang segak berbanding anak lelaki melayu yang ada bukan salah kepada kewujudan lagu malique pada tahun ini 2012.

Sedangkan perkara ini telah lama wujud, bilangan warga asing tetap bertambah bukan berkurangan. Mari sini saya buat hipotesis, Semakin tinggi bilangan warga asing maka semakin tinggi kejadian lari rumah. Jangan terus menghukum setiap individu tanpa bicara yang telus dan adil. Ini adalah Malaysia negara tercinta. Selamatkan Malaysia. Amin.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Wednesday 4 April 2012

Makna cinta 2

Sebelum ni kita melihat cinta dari pandangan biasa diluahkan tetapi bagaimana dengan pandangan cinta berlandaskan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai muslim kita mempercayai Qada dan Qadar. Ketentuan Allah maha besar disini merupakan pandangan jodoh yang elok diamalkan ole pelbagai insan. ini merupakan tanda jodoh yang perlu kita titik beratkan kerana ilmu perlu dikongsi baru berkat.


Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.


Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Sunday 1 April 2012

Siapa Orang Cina?


Masyarakat Cina adalah sebuah komuniti yang unik. Mereka bertebaran di mana-mana sahaja, dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa bangsa Cina adalah satu bangsa yang mudah sekali menyesuaikan diri dengan persekitaran, malahan sekiranya diletakkan mereka di padang pasir yang tandus, mereka masih boleh membina kehidupan mereka sendiri dengan baik. Bangsa Cina sangat dikenal sebagai satu bangsa yang sangat rajin berusaha dan bekerja. Mereka juga membentuk ikatan yang kuat sesama mereka.
Masyarakat Cina di Malaysia telah membentuk populasi kaum kedua yang terbesar.Kedatangan mereka telah bermula semasa zaman kesultanan Melayu Melaka lagi sehingga mereka berasimiliasi dengan budaya tempatan dan membentuk masyarakat Baba dan Nyonya (di Melaka) dan Cina Peranakan di Kelantan, Pulau Pinang dan beberapa tempat yang lain. Dan kedatangan bangsa Cina diteruskan lagi semasa zaman penjajahan British, sehingga mereka membentuk satu komuniti yang besar pada hari ni.

(Orang Cina dan Islam.)
Dalam sejarah perkembangan Islam pula, agama Islam dan masyarakat Cina sebenarnya amat rapat sekali. Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja menganut Islam, malah bangsa Cina bertindak sebagai penyebar Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya beberapa petempatan Cina Muslim di Kepulauan Jawa sebelum kedatangan orang Arab lagi. Malahan tiga daripada sembilan orang wali songo adalah berbangsa Cina. Disamping itu juga, Laksamana Cheng Ho turut di kenal sebagai orang yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara.
Negara China sendiri pernah berada di bawah kekuasaan Islam suatu ketika dulu. Wilayah China yang pernah dinaungi Islam dikenali sebagai Xinjiang atau nama lamanya Turkistan Timur. Sejarah kedatangan Islam di China dapat dikesan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Jika fakta ini diterima, ini menunjukkan bahawa Islam telah diterima di China sejak 1400 tahun dahulu,lebih awal daripada Nusantara. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan masjid-masjid di China yang berusia lebih 1000 tahun, dengan masjid terawal di bina adalah pada zaman Dinasti Tang iaitu pada abad ke 7. Masjid-masjid di China hampir berjumlah 42 000 buah yang menunjukkan bahawa Islam telah berakar kuat di China sejak berabad-abad lamanya. Malahan makam Saad Ibnu Abi Waqas masih boleh ditemui di negara tersebut. 

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Kerjaya Pilihan

Tergelak apabila saya mula memikirkan kembali kerjaya hidup untuk djadikan pilihan hidup. Sejak dari kecil, kita di tanya dengan pertanyaan sebegini daripada guru sekolah. Ketika kecil saya pernah mengatakan kepada guru kelas, saya ingin menjadi akauntan kerana berminat dengan ilmu matematik serta bersesuai dengan gaya pengajaran guru matematik di sekolah rendah. Mungkin terlalu kecil dan tidak kenal dunia lagi ketika itu jadi telah membuat pilihan yang sangat mudah iaitu untuk menjadi akauntan.

Namun demikian, mata telah semakin terbuka bila melihat dunia dari sudut pandangan yang berbeza ketika di bangku sekolah menengah. Mula menyedari cita-cita semasa kecil hanya khayalan, dan bermula untuk mencari hala tuju untuk kerjayaan pilihan. Ikut kata hati, tidak mahu mengikuti jejak kaki ayah kerana ayah hanya menjadi seorang peneroka, serta ayah tidak mahu kita mengikuti jejaknya. Disebabkab itu, ayah sanggup menghantar kita di kelana jaya untuk menuntut ilmu. Jauh dari rumah untuk menuntut ilmu, saya hanya anak felda telah memiliki peluang untuk belajar di kawasan bandar.

Sebenarnya ini merupakan titik permulaan untuk saya mengatakan yang telah jumpa kerjaya pilihan. Di sekolah menengah Sultan Abdul Samad telah membuka mata dengan ilmu yang wujud kita boleh memilih kerjaya yang sesuai dengan jiwa tersendiri. Saya melihat dunia sebenarnya bukan mudah untuk memcari kerja tetapi jangan risau ungkapan guru ku kerana kerjaya kita tetap menunggu di luar sana. Saya tersenyum mendengar kata-kata guru ku, serta berniat di hati dengan penuh semangat iaitu aku ingin menjadi RAPPER yang terkenal, serta mahir dalam industri musik serta lakonan.



Saya telah pelbagai mencari alternatif untuk mempelajari ilmu musik, pilihan ini wujud kerana tertarik dengan keindahan musik hip hop yang wujud di malaysia dan mendengari lagu pertama dalam hidup ketika itu adalah EMINEM ( CLEANING OUT MY CLOSET ). Lagu dari luar menjadi pujaan dan menjadi titik tolak untuk meletakkan kerjaya pilihan di hati. Tetapi keluarga menyedari, dan menghalang kerana bagi mereka mungkin tiada masa hadapan. Mereka telah menghalang dengan mengambil ku semula dan sekolahkan aku di kawasan kampung semula kerana mahukan aku menjadi doktor iaitu pakar dalam bidang biologi. Ya, aku tertarik dengan ilmu biologi tetapi rezeki untuk ilmu tersebut tiada. Aku hilang harapan untuk bidang tersebut dan akhirnya aku masuk tingkatan 6 dan seterusnya di UUM. Ambil kos Perhubungan Antarabangsa. Dilihatkan proses untuk mencapai kerjayaan pilihan semakin samar kerana tiada aliran untuk kearah sana.

Namun demikian, api untuk mencapai kerjayaan pilihan belum lagi padam kerana percaya satu hari nanti impian aku akan sampai. Aku ingin menjadi rapper felda yang berjaya. Insyallah. Sekarang merupakan masa untuk habiskan apa yang aku lalui iaitu zaman UUM. Apabila memasuki zaman pekerjaan nanti, insyaallah saya akan mencari peluang bidang kerjaya pilihan saya. Hanya tunggu masa.

Mohd Ikhlas
Anak Felda