Friday 30 March 2012

Raja ku, Ratu ku

Ayah, engkau adalah rajaku
Ibu, engkau adalah ratuku
kasih sayang daripada mu tidak berbelah bahagi
setiap anak dilayan sama rata
tiada istilah pilih kasih dalam kamus kehidupan mu.

Ayah, dikau seorang pejuang
lebih kuat daripada bala tentera yang berperang
lebih kuat daripada bencana alam itu sendiri
walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah
bebanan hidup,
Ayah, engkau tetap berjuang
kerana apa,
kerana semua untuk isteri dan anak-anak.

Ayah, engkau tidak mahu menangis
tidak mahu ketawa
apabila berada didepan ku
engkau sentiasa melihat aku sebagai harapan pertama
kerana aku anak pertama.

Ibu, engkau adalah tulang belakang ayah
sentiasa menyokong dari pelbagai aspek
makan minum ayah dijaga dengan tertib
kesihatan ayah dijaga dengan kalimah-kalimah allah
sedang ibu tahu usiamu lebih tua daripada ayah
lebih berpenyakit kerana usia mu sudah lanjut

Ayah dan ibu,
tatkala aku kecil, aku didik dengan ilmu keagamaan yang tinggi
penuh kegarangan dan ketegasan
untuk mendidik aku menjadi anak yang berguna

Ya tuhan,
permudahkan kehidupan ayah dan ibuku
ayahku telah mengalami pelbagai cabaran daripada kecil
Yatim Piatu, ditinggalkan darah daging
tetapi ayah ku tetap mempercayaimu dengan sepenuh hati

Ya tuhan,
berikan rahmat kepada ayah ibu ku,
semoga aku menjadi anak yang baik serta soleh.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Rap Adalah Jiwa Huruf

Rap adalah satu unsur musik hip-hop. Rap terkenal gan teknik vokal yang bermain perkataan dengan mudah, cepat, dan bergantung kepada nilai yang diterapkan dalam unsur musik tersebut. Perilaku kepada genre Rap ini adalah Rapper, yang biasanya diiringi oleh Dj mahupun sebuah band.

Rapper sering disebut pula dengan MC (Master of Ceremony). Ini adalah seni dan yang menarik dalam bidang Rap ini. Lirik yang panjang dengan mencabar akal minda untuk meluahkan lirik yang bermutu. Lirik yang bermutu mampu menjadikan  genre ini sangat menarik. Fakta yang menarik adalah rap ini merupakan salah satu eleman dalam 4 elemen dalam HIP-HOP. Hip-hop adalah budaya yang merangkumi Graviti, Dj Table, MC@Rap dan Break-dancing. Kesemuanya seni, tarian, lukisan, alat pengantaraan musik serta rapper. Pelbagai seni kita dapat nilai dalam agenda hip-hop ini. Saya tidak mahu menerangkan kesemua tentang hip-hop ini tetapi hanya mahu menyatakan tentang Rap sahaja.



Pelbagai unsur negatif yang dikatakan oleh masyarakat islam kerana hiburan yang mengarut hanya merosakkan diri dan keluarga. Minat dan taksub adalah dua perkataan yang sangat berbeza. Tidak percaya tanya Dewan kamus pustaka. Pelbagai bahasa melayu yang telah digubah dari zaman P.ramlee lagi. Betul? Nilai sendiri. Dari panjang jadi pendek. (Tammat jadi Tamat) Disini ingin menyatakan kalau kita ambil budaya 100 peratus dari barat adalah salah tetapi kalau kita gubah untuk bersesuai dengan budaya kita alhamdulliah sesuai. Keluarga amat melarang saya melibatkan diri dalam bidang rap ini tetapi bukan kerana saya ingin melupakan asal-usul tetapi saya melihat genre ini membolehkan kita menyatakan yang sesuai yang tidak puas hati dengan rima dan rentak yang bersesuai. Melayu ada adat dimana yang tua tidak boleh ditegur lebih muda, alasannya, (aku tahu lebih banyak dari kamu kerana aku sudah makan garam awal daripada kamu semua) betul memang tidak dinafikan, tetapi zaman tetap berubah dari masa ke masa. Tidak sama sekali. Mungkin diorang tidak faham apa yang saya hendak perkatakan.

Maksud disini rap ini adalah aliran untuk menyatakan sesuatu dalam bidang musik dengan niat yang tertentu. terpulang, Cinta, sedih, gembira, politik, agama tetapi berpandukan yang bersesuai. Lagipun genre ini amat sesuai untuk digunakan kerana dilihat politik dimalaysia pantang disebut, ditegur lihat apa yang terjadi (melayu derhaka) oh, tolong. Teguran bukan makian.

Kalau diperhatikan RAP adalah Rintihan Antara Perasaan, Rima Atas Puisi, dan pelbagai tafsir kita dapat lakukan dan irama ini amat membantu saya kerana amat sesuai dalam proses pembinaan pantun melayu.



contoh lirik tidak puas hati:

Yup
ada Burung merpati, ada burung merbuk
ada orang tidak berpuas hati, terus bertumbuk
dalam sambal ada belacan,
tolong jangan main bedal kerana orang ada perasaan
tembak bulan dapat bintang,
manusia adalah manusia bukan binatang
Yeah




Lihat dengan idea pantun dapat membina aliran lirik untuk menyatakan ketidak puas hati tetapi cara tidak betul hanya merosakkan orang lain dan menyebabkan dendam terputik. Benda baik tetap baik kalau bersesuai.

Mohd Ikhlas
Anak Felda  



Tuesday 27 March 2012

Gelagat Manusia Disekeliling

Pada 23/3/2012, Persatuan Perhubungan Antarabangsa (INTAFF) telah mengadakan Grand Dinner Intaff, merupakan Program makan malam bersama semua belajar dari kos Perhubungan Antarabangsa (INTAFF) dijangkakan program ini mendapat sambutan sekurangnya 200 0rang pelajar daripada pelajar semester akhir iaitu semester 6. Namun demikian, sambutan tidak begitu memberangsangkan hanya 109 orang yang menyertainya tetapi tidak begitu teruk sangat sambutannya kerana sampai separuh daripada target program makan malam tersebut.

Perjalanan program ini bermula dengan perjalanan daripada kolej Bank Rakyat sehingga sampai ke Hotel Holiday Villa. Ketika perjalanan, dilihat situasi di dalam bas agak tenang kerana cuaca sudah petang, tetapi riak muka ada yang tidak sabar, ada yang riak bersahaja. Bagi tidak sabar kerana mahukan program ini menjadi kenangan terindah dalam memori masing-masing. Situasi ini amat dirasai oleh kaum hawa, kerana ingin menyinar pada malam nanti. Sampai di Hotel Holiday Villa, dilihat semua peserta disambut oleh AJK yang bertugas untuk diarahkan bersedia untuk ambil penginapan masing-masing, merupakan tempat untuk menyalin pakaian yang serba menawan. Sebelum sampai ke acara yang utama, saya melihat kolam renang di hotel tersebut, air yang jernih, cantik dan amat sesuai untuk mandi. Hajat saya kesampaian kerana kawan-kawan menyatakan tidak salah untuk mandi di kolam tersebut dan saya memiliki kenangan bersama kawan lelaki yang amat indah dan tidak dapat diganti.



Setelah selesai mandi, semua peserta di arah untuk bersedia untuk majlis yang utama pada malam tersebut dan majlis ini akan bermula pada jam 8.00 malam. Semua peserta bersungguh untuk nampak menawam demi tujuan masing-masing. Ada untuk kawan, ada untuk teman istemewa, ada juga untuk diri sendiri. Saya hanya untuk diri sendiri. Apabila sudah siap, kesemua peserta bergerak untuk permulaan majlis dan memasuki gerbang yang cantik serta menakjubkan untuk bersedia untuk Grand Dinner Intaff. Setelah mengambil nombor cabutan bertuah masing-masing, majlis dimulakan dengan persembahan terbuka daripada band Bukit Kachi, dan dirasmikan oleh Dr. Muhammad Fuad Bin Othman. Seterusnya acara dilihat disambung dengan acara makan malam tersebut dengan pelbagai menu yang sedap, sehingga saya dapat merasai juga sup sirip ikan yu yang hanya selama ini dengar sahaja tetapi dapat merasai dsengan lidah sendiri dan memahami mengapa ramai kaum cina meminati makanan ini.

Ketika majlis makan malam ini tengah dilangsungkan, majlis ini juga diteruskan dengan nyanyian yang amat merdu daripada penyanyi uum serta pusat seni uum. Sungguh merdu ada terdapat selingan acara menangkap gambar masing-masing. Ada comel. ada cantik, ada hensem kesemua bersedia untuk gambar kenangan yang terbaik. Walaupun acara makan malam sudah selesai tetapi acara pada malam itu tidak selesai kerana ada acara untuk bersuka ria bersama kawan-kawan diadakan. Acara ini diadakan untuk gelak tawa dan riang-riang bersama. Acara nyanyian daripada peserta, cabutan bertuah dan pada malam itu juga saya memenangi sesuatu walaupun bukan cabutan bertuah tetapi kerusi bertuah dimana terdapat kepingan kertas yang ada mengatakan saya bertuah dan perlu ke atas pentas untuk mengambil hadiah. Namun demikian ada helah nya, saya dan tiga kawan yang lain perlu menari terlebih dahulu untuk memenagi hadiah tersebut. Saya tidak tahu perlu gembira atau malu. Yang penting, hadiah dah habis di makan.

Walaupun demikian ada juga kelompok manusia tidak dapat memenuhi tema pakaian pada malam tersebut mungkin mereka terkejar masa atau tidak tahu tema apa yang dikenakan. Entah saya tidak dapat pastikan, yang pasti etika pakaian sangat tidak sesuai kerana secara logik ia mendedahkan aurat lelaki, jadi mana-mana majlis pun tidak sesuai kerana dosa sudah pun dikutip. Harap ia tidak terjadi pada masa akan datang. Banyak kenangan indah bersama, kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana masing-masing sungguh hensem dan menawan pada malam tersebut.

Moga allah memberkati semua rakan perjuangan INTAFF. Terima kasih atas pengalaman yang indah ini dan terima kasih ini menjadi sejarah hidup saya.

Mohd Ikhlas
Anak Felda

Tuesday 20 March 2012

Makna Cinta

Cinta itu buta dan membutakan. Cinta di siang hari, mencari-cari. Cinta di kala malam, termimpi-mimpi. Ini merupakan lirik daripada kumpulan rapper malaysia yang terkenal iaitu Too Phat. Walaupun kumpulan Too Phat telah dibubarkan tetapi lirik ini tetap bergema di hati setiap insan yang di lamun cinta. Setiap insan akan atau telah merasai cinta dalam kehidupan tersendiri. Termasuk diri sendiri.

Cinta kepada diri sendiri, cinta kepada keluarga, cinta kepada agama serta cinta kepada insan teristemewa, (teman sehidup semati) pelbagai cinta yang wujud di dunia ini. Apabila ada pelbagai cinta maka makna cinta juga ada pelbagai jawapan yang berbeza bergantung kepada pandangan. Dilihat cinta kepada keluarga adalah untuk cinta untuk mak ayah dalam membanggakan mereka dalam perjalanan hidup seorang anak. Anak yang berjaya akan membanggakan mereka, membanggakan hati mereka, anak mereka didik dari kecil dengan penuh kasih membalas cinta dengan kejayaan dunia yang mutlak tetapi dalam kehidupan ikhlas(rapper diblog ini) ini masih dalam keadaan terkapai-kapai kerana masih belum tercapai apa yang dikehendaki oleh keluarga. Pelbagai ragam yang dilakukan kerana keburukan tabiat yang susah ditukar amat mengganggu dalam proses mencari kejayaan. Namun begitu, usaha untuk pembaiki diri dilaksanakan secara perlahan-lahan.

Namun demikian, setiap insan tetap memiliki rasa ingin bercinta dengan insan yang istemewa dan ini merupakan proses percintaan antara dua insan yang memiliki perwatakkan yang berbeza. Gelak ketawa, usik mengusik menjadi mainan sang teruna dan dara dalam percintaan ini. Apabila bercinta, dunia ini menjadi kepunyaan sendiri kerana situasinya amat indah dan sungguh seronok. Masa yang dihabiskan adalah masa yang sangat berharga dan kenangan yang diwujudkan amat susah untuk dilupakkan. Saya bukan insan yang pakar bercinta tetapi pakar dalam menerima tolakkan.



Embun pagi menitis,
melihat sang mentari memancar sinar
kehidupan,
walapun kehadiran embun sementara,
cukup untuk memberi nafas yang segar.



walaupun air mata menitis,
kerana biasa ditolak,
tetapi senyuman tetap diukir dibibir,
kerana tahu kehidupan sementara tidak mengapa
tewas, kerana
kemenangan cinta tetap wujud di sana.

Cinta yang wujud tetap akan datang, kepada insan yang tewas jangan dukacita kerana masih belum waktu nya. Cinta yang abadi hanya satu iaitu Yang Maha Berkuasa.

Mohd ikhlas
Anak Felda.