Tuesday, 20 March 2012

Makna Cinta

Cinta itu buta dan membutakan. Cinta di siang hari, mencari-cari. Cinta di kala malam, termimpi-mimpi. Ini merupakan lirik daripada kumpulan rapper malaysia yang terkenal iaitu Too Phat. Walaupun kumpulan Too Phat telah dibubarkan tetapi lirik ini tetap bergema di hati setiap insan yang di lamun cinta. Setiap insan akan atau telah merasai cinta dalam kehidupan tersendiri. Termasuk diri sendiri.

Cinta kepada diri sendiri, cinta kepada keluarga, cinta kepada agama serta cinta kepada insan teristemewa, (teman sehidup semati) pelbagai cinta yang wujud di dunia ini. Apabila ada pelbagai cinta maka makna cinta juga ada pelbagai jawapan yang berbeza bergantung kepada pandangan. Dilihat cinta kepada keluarga adalah untuk cinta untuk mak ayah dalam membanggakan mereka dalam perjalanan hidup seorang anak. Anak yang berjaya akan membanggakan mereka, membanggakan hati mereka, anak mereka didik dari kecil dengan penuh kasih membalas cinta dengan kejayaan dunia yang mutlak tetapi dalam kehidupan ikhlas(rapper diblog ini) ini masih dalam keadaan terkapai-kapai kerana masih belum tercapai apa yang dikehendaki oleh keluarga. Pelbagai ragam yang dilakukan kerana keburukan tabiat yang susah ditukar amat mengganggu dalam proses mencari kejayaan. Namun begitu, usaha untuk pembaiki diri dilaksanakan secara perlahan-lahan.

Namun demikian, setiap insan tetap memiliki rasa ingin bercinta dengan insan yang istemewa dan ini merupakan proses percintaan antara dua insan yang memiliki perwatakkan yang berbeza. Gelak ketawa, usik mengusik menjadi mainan sang teruna dan dara dalam percintaan ini. Apabila bercinta, dunia ini menjadi kepunyaan sendiri kerana situasinya amat indah dan sungguh seronok. Masa yang dihabiskan adalah masa yang sangat berharga dan kenangan yang diwujudkan amat susah untuk dilupakkan. Saya bukan insan yang pakar bercinta tetapi pakar dalam menerima tolakkan.



Embun pagi menitis,
melihat sang mentari memancar sinar
kehidupan,
walapun kehadiran embun sementara,
cukup untuk memberi nafas yang segar.



walaupun air mata menitis,
kerana biasa ditolak,
tetapi senyuman tetap diukir dibibir,
kerana tahu kehidupan sementara tidak mengapa
tewas, kerana
kemenangan cinta tetap wujud di sana.

Cinta yang wujud tetap akan datang, kepada insan yang tewas jangan dukacita kerana masih belum waktu nya. Cinta yang abadi hanya satu iaitu Yang Maha Berkuasa.

Mohd ikhlas
Anak Felda.

No comments:

Post a Comment